Thursday, August 4, 2011

Cinta Muka Buku..~

"kita berkenalan hanya dalam laman muka buku"
"kau hantar petanda suruh aku terima kamu"
"ooh..hatiku rasa sesuatu"
"dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku"
"ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu"
"ooh..kenakah rasa itu"


hello semua! lama jugak tak update blog..hari ni baru ade masa, tu pun after dengar lagu Cinta Muka Buku by Najwa Latif berulang kali kat radio..pastu tiba-tiba je teringat sesuatu (kat atas tu sebahagian liriknya)..cakap pasal "muka buku" confirm semua orang tau nye..of course la FACEBOOK (FB)..laman sosial yang sangat popular..bila dengar lagu ni, hati tertanya-tanya, berapa ramai agaknya yang bertemu jodoh melalui FB ek?..maka, terkenanglah akan kisah hidupku..eccehh!

i met my husband via FB..yeah! that's true..in December 2009, i got a message from him, asking me where i came from?..where did i stay?..what school did i went to..i just answered his message once, and that's all..pastu masing-masing senyap haha!..until 1 day, around March 2010, he said "hi" via FB chat and we exchanged phone number..he called me 1st and asked if i want to meet him..i don't know how to decide, but in the end, i agreed..after meeting him, i felt such an ease in my heart..hatiku berbunga riang haha! gatai..but honestly, with him, i can be myself..i can talk as much as i can..i can laugh as loud as i want..because he accepted me for who i am..lalalalala!~

tanpa menunggu lama (ala-ala gelojoh sikit), on 13 June 2010, the 2nd stage of our love life took place, where his family came to my house and proposed me..selepas 3 bulan bercinta, ahirnya menjadi risikan orang (gelaran baru) muehehe!~


See? that's me (malu-malu kucing konon..hah!) and my mom-in-law-2-be..


 
later, on his birthday, 19 September 2010, we got engaged..3rd stage completed..weeee!~



Tada!!! Selepas ditempek bermacam-macam benda, ni lah hasilnya..

the 4th stage a.k.a final stage, that is our wedding, berlaku pada 13 Mac 2011, after 6 months bergelar tunangan orang..maka lengkaplah setahun kitaran "love story" kami..dari bulan 3 2010 hinggalah bulan 3 2011..

Solemnization..


Ciuman dari en. suami..
Us!~
alhamdulillah..usia perkahwinan kami hampir mencapai bulan yang ke-5..makin ramai la pulak yang bertanya bila nak dapat baby..adeh! dulu sebelum kawen duk sebok tanye bila nak kawin..ape la..anyway, i'm so grateful atas anugerah yang Allah kurniakan dan kebahagiaan yang Dia beri dengan "menghantar" si dia, iaitu En. Suami di sisiku di saat aku terluka dan kecewa (wallaweh! boleh jadi novelist kot..hahaha!)..semoga mahligai yang terbina ni akan kekal ke akhir hayat..insyaAllah..amin.. he's the person whom i want to spend the rest of my life with..i saw myself in his eyes and i found myself in his heart..that's more than enough..~


♥ My Husband has made me laugh, wiped my tears, hugged me tight, saved my life, watched me succeed, seen me fail, cheered me on, kept me going strong, put up with my mood swings, has said everything will be alright when things get tough, keeps me sane.. My husband is a promise from Allah that I'll have a friend forever ..♥~


Tuesday, July 12, 2011

Buat Para Suami..~

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.




Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.




08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.





10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?



18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.


Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.




Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan sunnah..sekian..~

Tuesday, July 5, 2011

Exhaustible Me!~

what a day!!! hadoi! penatnye..weekend balik KL..sangat gembira dapat jumpe En. Suami, tapi dari pagi sampai ke malam duk buat kerja rumah..ahad je dapat berehat and pergi tengok wayang..ingatkan nak tengok Transformers, tapi semua tiket sold out, ok?! (kemain awal aku sampai JJ (Jaya Jusco), pukul 11.30 pagi dah terpacak kat depan, tu pun abes jugak..adeh!~) ..disebabkan kekecewaan yang melanda dah mencapai tahap cipan fizik, maka aku and En. Suami pun tengok 2 cerita hari tu (hambik kau! geram punye pasal)..Rasuk & Green Lantern..

RASUK: aku tengok sebab aku sangat suka horror movie (tapi lepas tu takut tido sorang2..haha!)..seram sikit, tapi banyak scene menggatal je aku tengok..

Fouziah Ghous: Abg, kenapa thermenung? (antara dialog yang ade dalam filem ni..nipiskan sikit lidah mase nak sebut "thermenung " tu ye?adei! lidah si FG ni ter"spin" kot time ni..)

GREEN LANTERN: ha! cerita ni memang best la..terubat kecewaku..cerita pasal superhero yang dapat kuasa dari sebentuk cincin..owner asal dia alien yang space ship nya terhempas ke bumi..macam biase la..cerita2 macam ni kadang2 banyak klise, tapi aku tetap suka! yeay! two thumbs up for Green Lantern!~

see?ciri-ciri seorang hero adalah hensem dan ade 6-pack (bukan 6-fat) ok?owh! fish-like face does not include anyway..i'm talking about the gorgeous Ryan Reynolds..weee!~

balik dari bersuka-ria kena gosok uniform2 En. Suami..agak penat, tapi memikirkan tanggungjawab and ganjaran bagi isteri yang menjaga makan, minum and keperluan suaminya dengan sempurna, teruja lah sekejap..muehehe!~

and now, i've been reading a journal for my colleague's presentation tomorrow from yesterday (from Sunday night actually, lepas gosok baju En. Suami..huhu..) till today, trying to find every single terms that cannot go through my 'thick' brain..plus, i've to find and read every papers published by the author in the references list.. God! I'm screwed! Boleh imagine kepenatan yang melanda bagai taufan itu? Plus i've to be the chairperson during the presentation, which double the works..i'm a dead meat..sigh!~



owh! before i forgot, here's the pic of pineapple's flowers and fruits that i promised to upload last time..


see??? nice, isn't it?
those 4 small plants around the fruits were called 'basal slip'
see the small, beautiful purplish flowers?that's what will become the 'eye' of  the pineapple
different variety from above..got nice whitish flowers..




that's all! enjoy! and if you're wondering what did i do..i'm a MATCHMAKER for plants..in other words, i'm a PLANT BREEDER!~

~kadang2 penat mental adalah lebih memenatkan dari penat fizikal..ape aku merepek ni?chiaow!~
  

Thursday, June 30, 2011

Menghitung Hari..~

leganya..semalam my boss decided to discontinue several sub-projects..bermakna kurang lah sikit kerja (kerja yang sedikit tak bererti tanggungjawab pun menjadi kecil, betul tak?)..aku cuma perlu fokus untuk beberapa perkara je, walaupun macam tu, still, kerja yang ada masih banyak huhu..buat trial, ambil data, baca jurnal, monitor..adei! macam nak pengsan lak..tapi pagi tadi takde benda sangat pun yang nak dibuat..just bawak budak2 intern gi round farm and explain pasal projek2 aku..

pokok nenas aku dah berbunga & berbuah! yeay! (sambil melompat keriangan macam kanak2 ribena) excited lak rase..tak sabar nak tunggu time to harvest the fruits..nanti aku uploadkan pic bunga nenas..mesti ramai yang tak pernah tengok, kan?tadi tak bawak kamera..nyesal lak..

lepas round farm ala2 Farm Manager, terus menuju ke kilang..ade farewell party untuk one of my colleague disamping nak sampaikan hadiah kat staf2 yang baru kawen (so, kalau nak hadiah, kawen la, ok?hikhik)..mase makan boleh lak bos aku duk semeja..semua terkedu..nak nye dila..terus lari gi meja lain haha..hadoi! macam2 la (bos aku tak garang pun, tapi maybe sebab die hebat, kitorang jadi segan..lagipun nanti mula lah die soal macam2..tu yang malas tu..tapi kitorang tetap cayang die..xoxo..)..pape pun, tahniah kepada khairil, shah & faizul yang selamat mendirikan rumahtangga bulan lepas..semoga berbahagia & kekal selamanya..






buat nadiah, semoga sukses di tempat kerja baru (tak dapat la aku nak buli2 die..terpakse cari mangsa baru..haha!)..we gonna miss u..sob! sob!..maka, hari ni pun berlalu sudah dengan lembabnye..



hmmm..yang sebenarnya bukan ape..nak cakap yang hari ni baru hari khamis je..lambatnye mase berlalu..bukan nak menghitung hari ape pun..menghitung hari nak balik k.l je sebenanrye (padahal esok dah jumaat dah..sengal!~)..cerita2 diatas just untuk memanjangkan entry aku je..hikhik..nak jumpe En. Suami dah esok..wink2..haha..to En. Suami, nantikan kepulangan saye, okeyh? Chow!~

Wednesday, June 29, 2011

MINAH Buta.. -_-'

CAUTION: JANGAN BACA! POST INI MEMBOSANKAN & MUNGKIN MENYEBABKAN ANDA MENGANTUK!
kehidupan hari ni berjalan seperti biasa..pagi2 dah ade meeting, sampaila ke petang..mengantuk gila! dah bercawan-cawan & berbotol-botol air diminum untuk hilangkn mengantuk, tapi tak berkesan jugak..hadoi! pas abes je meeting, terus balik..

nak dijadikn cerita, entah camane petang tadi terjumpa blog ex-housemate dulu, lalu terbaca la ape yang die tulis..tak sangka gak ye, rupa-rupanya selain orang guna blog untuk luahan perasaan & kongsi pengalaman, ade gak yang guna untuk mengata org..uish2! terus sakit kepala aku baca blog "minah" ni (sebab ade cerita tak betul tentang aku di dalamnye..eeuuwww!)

takde niat nak mengata, cuma nak berkongsi rasa & cerita..so, consider the scenario below:

MINAH 1: Ex-housemate + Ex-officemate + Colleague
MINAH 2: Colleague

MINAH 1 ni wrote in her blog that i sent a message to her roomate, asking why die she (MINAH 1) took the chair from my room without notifying me?..and yes, i did..then she (MINAH 1) added that, i don't have the right to ask that question because that chair was hers and i used it for a year..i've got headache when i read her next sentence, where she said something about what kind of mentality i have???and my answer for that question would be "NOT AS BAD AS YOURS, OF COURSE!"..let me get this clearly..as far as i'm concern, last time that "set meja makan" she and my other housemate got it when they bought a lots of furniture for our office..technically & logically, that doesn't make the set hers..tapi yang tu tak kisah la kan..satu hal yang die patut tahu adalah aku TAK KISAH pun kalau kau nak ambik kerusi tu..ambik la..bukan isu pun ko ambik kerusi tu..yang aku KISAH kan sekarang ni, kenapa tak at least bagitau kat aku, sebab kerusi tu ade dalam bilik aku ..come on la, show some respect..u don't just go in someone's room, take what u want & let them know by themselves what has been taken from their room..if u want others to respect u, respect them first..kalau tak, simpan la ko punye respect tu, buat tukun..so, tak payah tanye mentaliti aku jenis ape..baik tanya diri sendiri..mentaliti ko tu dah tinggi sangat ke???yang menambahkan sakit kepala bila tengok komen2 dari kawan2 ko..ek eleh! dah la tak kenal aku, pastu nak cakap macam2 lak..kalau nak berblog, biarlah secara sihat..tak perlu kot maki2 orang sampai cakap 'g.....g' la, bagi makan sampah la..macam ni ke perangai orang yang bermentaliti tinggi???

(see???kerusi pun boleh jadi isu sampai mentaliti aku dipersoalkn segala..ntah pape ntah..childish!)

aku mengaku aku sebagai insan yang tak sempurna ni memangla selalu buat silap..'ter'mengata, 'ter'mengutuk, 'ter'sindir..come on la! siapa yang tak pernah mengata?ko pun pernah mengata & complain macam2 pasal aku..ade aku ambik 'port'?senang cerita, muhasabah diri sendiri sudah..aku ade kekurangan, ko pun ade kekurangan..so, accept it! nobody's perfect! semua orang pun pernah & akan buat silap..tapi kalau ko bajet ko je betul, ko je yang tau semua, better ko berpindah ke Marikh je la..bawak skali mentaliti ko tu pegi sane..lagi 1, kalau ko rase nak kapak aku ke, nak ape ke, say it before me la..kalau takat nak membebel kat blog macam yang aku buat sekarang ni..baik ko kapak je kepala ko dulu..~

PLUS: MINAH 1 pegi oversea last time..boleh lak MINAH 2 cakap kat die (MINAH 1) yang kitorang akan lari sebelum die sempat nak cerita pasal tempat yang die pegi tu & yang kitorang nak dari die souvenir je..ape punya manusia la..seingat aku la, tak pernah keluar statement tu dari mulut aku..tapi takpe..sukahati die la..mentaliti die kn mentaliti makhluk dr Marikh, so no wonder la..

*** hmmm..nampaknye hari ni dah jadi sesi luahan perasaan lak..hope this is the first & the last time i wrote about this..bukan nak membuka aib dengan bercerita hal orang, tapi agak annoying bile orang cakap tentang perkara yang tak betul pasal kita..as a conclusion, when a 2nd party comes to u and talks about the 3rd party, meet the 3rd party and ask her/him again about that matter..don't just simply accused people and make your own assumption, because u are not always right..that's what people with high mentality will do..u could be wrong for the rest of your life and regret it later...

ok lah..dah macam karangan mase Form 1 dulu ni..akhir kata, buka mata, buka hati & buka minda...peace yo!~~