Sunday, November 27, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin Punya Apek..

Khamis, 24 November 2011

Pagi ni hujan turun renyai-renyai.. sampai je kat depan pagar farm, nampak Encik Manager tengah sibuk petik nenas.. alamak! kene bebel lagi la nampaknya.. ah! buat tak tau je la.. buat-buat tak bersalah sudah..

Setengah jam kemudian...

Encik Manager balik je dari farm, aku pun gegas pegi kat dia.. konon-konon nak tolong la.. ceh! pukul 9.30 a.m siap ambik data dengan beliau..

Encik Manager: "Aku on leave esok sampai Isnin.. Nanti kau tolong tengok kalau-kalau ada buah masak nanti"

Aku pun mengangguk je..

Aku: "U nak balik sekarang ke?"

Encik Manager: "Tak la.. tengahari nanti"

*****

9.50 a.m

Aku: "Eh! U nak balik dah ke?"

Encik Manager: "Yes! I nak gerak awal la.."

Dalam hati aku ni.. ces! balik tengahari konon.. 

Friday, November 18, 2011

Fabulous Friday!~

Hari ni masa tengah mandi sambil bernyanyi kecil, aku dah tanam tekad nak beli nasi lemak kat area perumahan aku duduk ni.. dah tiga minggu aku usha nasi lemak dia, tapi tak tau kenapa aku tak singgah.. maybe sebab BFF aku yang 2 orang ni dah start masak breakfast tiap-tiap pagi sekarang, yang mana sudah tentu lebih jimat, lazat & enak dari makanan kat luar.. maka pagi ni aku plan nak singgah kedai makcik tu walaupun dah ada mee goreng special.. saja aku nak buat bekal tengahari.. sampai je tepi umah makcik tu, aku tengok ada sorang akak yang duk sebaris dengan umah aku berjalan dengan lenggang-lenggok nya ke umah makcik nasi lemak.. aku nampak makcik tu tengah bungkuskan karipap untuk akak tu.. aku usha bekas nasi lemak dia ada tinggal sebungkus je lagi.. baik-baik aku sampai je depan makcik tu, dia pun dengan selamba amik nasi lemak terakhir untuk pagi tu bagi kat akak tu.. cess! aku terlambat rupanya.. dengan perasaan kecewa, aku pun beli la karipap seringgit untuk tidak memalukan diri sendiri..

*ari ni aku drive kete sendiri, parking kat luar  sebab after work nak gegas terus balik KL

****

Macam biasa, sebelum masuk farm, singgah CPPC dulu untuk breakfast sebab kat farm takde pantry.. lepas makan and bergosip sepam dua barulah terhegeh-hegeh masuk farm.. lepas melepakkan diri kat bilik dalam setengah jam, teringat pesan en. manager semalam..

En. Manager: "Bai, esok kau pergi tengok buah yang masak ye? Nanti kau harvest, aku balik dari cuti baru kita evaluate"

Aku: "Owh! ok.." sambil pura-pura faham..

Maka aku and the geng pun bawak segala kelengkapan: parang, label, marker & stapler.. dengan poyonya kitorang pergi farm untuk harvest nenas..

Aku: "Camane ni? Yang mana satu nak harvest?" sambil memandang BFF aku, Dila & Adlina..

Dila: "Entah.. orang pun tak tau" sambil tergelak kecik..

Lalu kitorang pun berjalan menyusur setiap baris pokok.. aku dengan parang dah nampak macam Xena pun ada.. Adlina dengan marker & label, dah macam Bangla kat supermarket yang nak tag harga.. Dila lak berjalan ala-ala model (memandangkan dia ada darah keturunan Ratu Siam sikit).. jalan punya jalan, nampak sebijik buah.. nampak macam dah masak.. tengok lagi sekali macam sun scorch lak.. ah! cantas je la.. dari takde, baik ada haha! MISSION ACCOMPLISHED!

Nanti hari selasa aku dah dapat agak apa yang akan berlaku kat Munajir, salah seorang dari pekerja Lombok yang ada kat sini.. mesti en. manager membebel kat dia cakap kitorang tak boleh diharap.. suruh harvestv buah pun dapat sebijik je.. ah! lantak la.. dari kena marah sebab potong buah yang salah..

tunggu je la selasa ni (isnin kitorang on leave, termasuklah en. manager..).. tengok apa yang jadi..


****

p/s: sebab-sebab kenapa hari Jumaat adalah hari yang fabulous adalah .......................................... boleh balik KL & meninggalkan tempat yang sangat isolated ni.. hahahahahahaha!~

Thursday, November 17, 2011

Topsy-turvy Thursday..~

Hari ni bangun je dari tido terus rasa sakit kepala.. rasa macam kena "mild urinary tract infection" lagi sekali pun ada.. masalah betul lah.. mesti kena berkampung tepi toilet jap lagi.. takkan nak pakai pampers lak haha! 

Lepas tu teringat lak hari ni dah janji dengan en. manager nak ikut dia harvest nenas.. tapi biasa lah.. lambat-lambat pun keinsafan nak bergegas ke opis tu memang tak penah wujud di kalangan aku & 2 org BFF yang lebih kurang je tahap kemalasannya.. buat-buat macam ayah, aboh & papa kitorang ada share dalam company ni.. 

On the way pergi kerja, transit jap kat masjid untuk menyetelkan 'masalah' berkaitan urinary tract infection aku.. lepas tu transit lak kat CPPC untuk breakfast.. masing-masing bakal MD (Managing Director) lah katakan...

dekat pukul 9 baru sampai ladang.. hoho! tinjau-tinjau dari tingkap bilik, nampak en. manager tengah membelah nenas dengan hebatnya.. dalam hati pikir gak 7, 8 kali nak pergi ke tak kat en. manager.. takut gak kena marah.. maklumlah en. manager terkenal dengan suara lantang ala penyanyi soprano nya.. pergi.. tak.. pergi.. tak..pergi.. tak.. ahh! pergi je la bertemankan BFF Junior a.k.a Dila.. 

dengan perlahan kitorang approach en. manager.. aku pandang dia, dia pandang aku, lalu mata pun bertentang haha! ayat tak boleh blah..

En. Manager: "Bai, nanti kau tolong tengokkan e-mail aku. Dah tak boleh nak send e-mail la."

Aku menjawab sambil terkedu: "Owh! yeke? Nanti I tengokkan. Line internet tak ok la. Dah 2, 3 hari dah"

En. Manager: "Ok.. ok.."

Fuhh! nasib baik dia tak marah.. tiba-tiba en. manager bersuara lagi tanpa memandang aku yang tengah berdiri ala-ala model kat tepi dia..

En. Manager: "Eh! Engkau tak nak tolong ke? Nak berdiri je?"

Aku pun tak jawab apa-apa, terus capai 'refractrometer' (sejenis alat untuk mengukur tahap kemanisan/kandungan gula dalam buah).. siot betul..~



Monday, November 14, 2011

Lonely Sunday..

hari ni baru sedar..dah 2 bulan tak update entry..semuanya gara-gara berpindah rumah..line streamyx tak sampai pulak area sini..

hutan banat sangat ke tempat ni?

nampak gayanya kena gak sambar broadband barang 2, 3 jenis..

ni pun mujur balik KL time weekend..kalau tak tak tahu la berapa tahun lak baru boleh nak update..

apehal pulak aku tak tido-tido lagi dekat pukul1 pagi ni?sok subuh-subuh dah kena merempit balik pahang..

***
***
***
***
***
semuanya sebab mata aku tak nak pejam time-time tinggal sorang-sorang macam ni..adei!-