Sunday, March 31, 2013

Sesekali

sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita
ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan
kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut, 
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa
dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan
jadilah kita kawannya itu
kita selalu melihat dia ketawa
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan
disebalik ketenangannya
mungkin tersimpan
seribu kekalutan
kita tidak tahu...
tetapi jika kita cuba
jadi sahabat seperti dia
mungkin kita akan tahu..

No comments:

Post a Comment